Ramai orang mengolah secara langsung lirik bahasa asing kepada bahasa ibunda mereka melalui video-video klip. Ahli bahasa menklasifikasikan fenomena ini sebagai "Autour-du-mondegreens" ("autour du monde' bermaksud "pusing dunia" dalam bahasa Perancis).
Ini adalah contoh bahasa Inggeris yang diolah secara langsung kepada bahasa Bulgaria. Anda pasti terhibur dengan video ini.
Setakat ini kita masih belum melihat kes yang unik ini berlaku di dalam AF ataupun mana-mana rancangan mencari bakat di Malaysia. Terdapat banyak lagi video-video berkenaan topik ini di dalam Youtube. Salah satunya klip video daripada India.
Klik sini!!!
Buat masa ini, belum ada lagi lagu Melayu yang diolahkan secara langsung kepada bahasa Inggeris. Namun ada lagu Inggeris yang diolah kepada lirik bahasa Melayu. Jika anda pernah mendengarnya sila letakkan lirik tersebut di ruang komen.
