-->

Sentimental is Mine !

Followers

Pejuang Bola Sepak Tanah Air!!!

Jumaat lepas, 11.07.2008 genaplah 17 tahun kembalinya kerahmatullah lagenda bolasepak negeri Selangor dan Malaysia, Allahyarham Mokhtar Dahari. Beliau telah meniggal dunia pada 11.07.1991 setelah menderita penyakit saraf.


Apa yang menyedihkan aku ialah tiadanya sebarang pengiktirafan yang dib erikan oleh pihak kerajaan Malaysia di atas jasa dan sumbangan beliau mengharumkan nama negara dalam sukan bolasepak.



 Jika Seniman Agung P.Ramlee layak menerima gelaran Tan Sri, setidak-tidaknya Mokhtar Dahari juga layak untuk menerima gelaran Dato’ atau Dato’ Seri daripada mana-mana Sultan atau Yang DiPertua Negeri. Tetapi sehingga ke hari ini apa yang aku harapkan masih tidak menjadi realiti.

Seperkara lagi, jika bekas Penghibur Nombor 1 Asia iaitu Allahyarham Sudirman Haji Arshad boleh dikenang setiap tahun oleh rakan-rakan artis yang lain dengan mengadakan majlis bacaan tahlil, kenapa Allahyarham Mokhtar Dahari tidak mendapat keistimewaan seperti itu? Cukup menghairankan apabila pihak Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) dan juga Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) langsung tidak mengambil berat atau melakukan satu usaha untuk mengingati jasa Allahyarham dalam sejarah bolasepak negara! Adakah sukar untuk mengumpulkan bekas rakan sepasukan beliau dahulu atau pemain-pemain bolasepak zaman sekarang untuk sekurang-kurangnya menjayakan satu majlis tahlil untuk seorang wira negara seperti beliau?

Entahlah, aku pun tak tahu apa sebabnya sehingga tiada seorang pun yang terfikir untuk mengambil sebarang inisiatif apa yang cuba aku coretkan di sini. Aku akan terus menunggu detik itu tiba satu hari nanti.?

Secara peribadi, aku memang kagum dengan bakat dan kemahiran yang beliau miliki. Allahyarham Mokhtar Dahari memang tiada gantinya. Tiada pemain Malaysia yang setanding dan sehebat beliau di atas padang bolasepak. Jika beliau masih lagi hidup, sudah tentu banyak ilmu yang akan dicurahkan kepada generasi pemain bolasepak Malaysia sekarang.
Thanks for reading