-->

Sentimental is Mine !

Followers

Selangkah ke alam misteri.Benda itu ada di mana-mana...

Sebut saja pasal benda ghaib ni, mesti dalam kepala otak kita terlintas tentang cerita hantu dan mistik. Gua rasa cerita hantu dan mistik ni dah memang sebati dalam masayarakat kita sendiri. Mana taknya, daripada semenjak umur belum capai akil baligh, sampailah sekarang ni, hidup kita sentiasa di momokkan dengan kisah-kisah seram yang mampu meremangkan bulu roma. Tiap-tiap minggu mesti ada cerita-cerita hantu dan mistik ni keluar TV. Kadang-kadang keluar pawagam.

Kalau dulu, cerita hantu dan mistik ni memang jarang sangat keluar TV. Jarang-jarang keluar pun, kadang-kadang seram juga. Biasanya kita dengar dari mulut orang. Kena pulak yang  tukang cerita tu, mempunyai ciri-ciri seperti seorang penglipurlara yang hebat. Cerita memang tak nak jatuh. Mesti ada adegan terbang-terbang atau bertenggek atas pokok. Itu yang kadang-kadang sampai boleh 'ngompol' atas tilam bila tidur malam. Takut punya pasal. Sanggup kena rotan daripada jumpa langsuir bertenggek dalam bilik air. Kalau nasib baik, boleh jumpa pontianak. Tu belum lagi dengar pasal cerita nenek sihir melawan peri-peri kecil dan kelinci atau cerita nenek tua banyak sakti, siapa yang kena dia yang jadi.

Mungkin kerana dah terlalu kerap propaganda tentang cerita hantu dan mistik ini dimainkan, kepala otak kita seperti telah di doktrin hingga terlalu mudah untuk percaya pada cerita-cerita tersebut yang kebanyakannya adalah mengarut. Mangsanya pula adalah budak-budak yang akan kejut mak bapak malam-malam bila nak pergi buang air. Tapi gua yakin, mesti ada juga budak-budak yang dah tua bangka pun takut nak pergi tandas malam-malam dan mesti nak ada orang teman. Alasannya takut gelap, pada hal takut ada benda pandang dari belakang. Itulah, selalu sangat tengok cerita 'Sundel Bolong'. Sekarang siapa yang susah?

Pada gua, kebanyakan dari masyarakat kita sebenarnya telah membuat satu tanggapan yang salah dan menyimpang dari maksud sebenar benda ghaib itu sendiri. Kita jadi terlupa yang benda-benda ghaib bukan hanya sekadar perkara-perkara yang berkaitan dengan hantu dan mistik yang memang sudah kita ketahui asal kewujudannya adalah daripada jin dan iblis. Dalam rukun iman yang kedua, kita wajib mempercayai wujudnya makhluk ghaib bernama malaikat yang melaksanakan tugasnya menurut perintah Allah. Wajib kita mempercayai alam ghaib seperti yang diberitakan Allah dan menolak segala bentuk benda ghaib yang tidak dikhabarkannya. Begitulah juga halnya dengan roh kita sendiri.

Mungkin kita juga tak sedar yang kehidupan seharian kita sebenarnya dikelilingi dengan benda ghaib. Sebagai contoh. kalau berbual, yang kita dengar hanya bunyi suara, kita tak nampak pun suara. Sama juga seperti angin dan udara yang kita sedut. Kita hanya boleh merasa, tapi kita tak boleh melihatnya. Begitu juga, angin yang keluar dari badan kita, yang biasanya mempunyai bau dan kadangkala kita boleh merasanya tetapi tidak mungkin dapat melihatnya. Lainlah kalau sampai tahap kentut berdarah.

Bayangkan pula bagaimana kalau kita boleh nampak setiap huruf yang kita send dari handphone kita. Huruf-huruf tersebut melintas depan mata kita dan kelepuk jatuh atas batang hidung orang yang terima SMS tersebut. Begitu juga dengan wireless. Kita tahu yang wireless itu adalah gelombang radio, tapi bolehkah kita nampak data-data yang kita send atau kita download itu melalui wireless? Banyak lagi sebenarnya benda ghaib yang berkait rapat dengan kehidupan seharian kita. Cuma kita saja yang mungkin tak perasan.

Sound:



Thanks for reading