-->

Sentimental is Mine !

Followers

Inter masih gah di tahta Liga Serie A


Aku merindui telatah dan gelagat Mourinho ketika dia masih pengurus Chelsea. Memang byk kontroversi dan kekecohan la. Memang happening abes la. Kini ‘Special One’ mengepalai Inter Milan untuk terus unggul di persada liga dengan jumlah mata sama dengan Sampdoria tetapi memiliki kelebihan jaringan.

 Malam ini akan menyaksikan pertembungan antara ‘top 5′. Genoa (ke-5) akan berentap dengan Inter (ke-1) manakala Juventus (ke-3) akan melayan kunjungan Fiorentina (ke-4). Memang menarik tol perlawanan minggu ni. Eto’o mungkin tidak dapat ditrunkan dalam match ni gara-gara kecederaan kaki kanannya. Bekas pemain Genoa, Diego Milito juga tidak akan bermain dan ini bermakna Suazo akan bergandingan dengan Balotelli. Genoa juga terpaksa beraksia tanpa kelibat pemain-pemain utama seperti Criscito, Mesto,Biava,Juric dan Jankovic.

Gembira melihat Juventus kembali beraksi di Serie A. Del Piero,pemain setia Juventus, tidak dapt beraksi dan dia ditemani oleh Tiago,Salihamidzic dan Machisio di bangku penonton. Manakala Cannavaro disahkn akan beraksi selepas bersih daripada tuduhan mengambil bahan terlarang. Fiorentina akan begantung kepada striker diorg yg tengah on form, Gilardino untuk merapatkan jurang dengan Juventus dan Inter. Gilardino score 4 gol untuk Itali dalam 2 perlawanan. Sengit juga Serie A nie.

AC Milan pula memulakan kempen liga dengan nada yang amat kecewa sekali apbila hanya menang 2 match dan kini menghuni tangga ke-12. Mungkin akibat kehilangan Kaka, AC Milan kekurangn creative force di bahangian tengah. Ketika ini Ronaldinho agak sedikit hambar. Memang mamat nie hilang sentuhan selepas berpindah ke AC Milan. Roma pula akan kehilangan tonggak utama iaitu Totti dan Vucinic.

BorakBola Predictions:

=Juventus vs Fiorentina : Seri

=Genoa vs Inter : Inter menang

=Cantania vs Cagliari : Cagliari menang

=Chievo vs Bari : Chievo menang

=Lazio vs Sampdoria : Seri

=Livorno vs Palermo : Palermo menang

=Napoli vs Bologna : Bologna menang

=Parma vs Siena : Parma menang

=Udinese vs Atlanta : Udinese menang

=AC Milan vs AS Roma : Milan menang
Thanks for reading